Nak seronok tak nak stress2, ‘posting’ Shuib tentang program Ubi dibualkan ramai

Sponsored

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ramai yang meluahkan rasa kurang senang terhadap pelawak, Shuib Sepahtu selepas dia mengumumkan akan tampil dalam program sketsa komedi terbaharu Astro berjudul Ubi Superstar Live yang turut disertai oleh Ajak Shiro bersama kumpulan Ubi iaitu Fad, Sharif dan Namiey adalah anggota kumpulan tersebut.

Walau bagaimanapun, pengumuman Shuib Sepahtu ketika itu menimbulkan rasa kurang senang peminat apabila dia terlibat program selain Sepahtu. Malah ada yang merasakan dia tidak lagi sepatutnya menggunakan nama kumpulan tersebut.

Sponsored

Terbaharu, Shuib sekali lagi nampaknya memuat naik video bersama kumpulan Ubi itu namun pada kali ini disertakan dengan kapsyen panjang.

“Angin baru, doakan kami untuk khamis ni. Nak seronok-seronok je, tak nak stress-stress. Nak berlelucuan. Bismillah,” tulis Shuib Sepahtu diruangan kapsyen.

Sponsored

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya posting Shuib itu sekali lagi menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikut sehingga ada juga mencetuskan pendebatan.

Komen netizen

Sponsored

Pun begitu, nampaknya ramai yang sudah mulai menerima situasi tersebut apatah lagi Shuib juga mengatakan hanya ingin seronok dan tidak mahu stress.

‘Selagi mana ada rezeki, selagi tu kita ambik peluang. Chaiyo Shuib’

‘Mana-mana je Shuib, asal halal. Kawan tetap kawan Ib. Show must goes on’

‘Ok je kita tengok setiap orang ada kelebihan tersendiri’