Alif Satar Dipuji Mahir Gunakan ‘Sign Language’ Dengan Peminat Istimewa, “Ini Baru Betul Influencer…”

Sponsored

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Alif Satar meraih tumpuan ramai apabila tular videonya bertemu dengan seorang peminat. Menerusi video yang telah meraih lebih sejuta tontonan itu, Alif dilihat menggunakan ‘sign language’ atau bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan peminatnya itu.

Di dalam video yang dikongsikan di Tik Tok ini, peminat tersebut mahu bergambar bersama Alif menggunakan telefon pintarnya. Dalam masa yang sama, Alif sempat berinteraksi dengan peminatnya yang dipercayai adalah golongan pekak dan bisu menggunakan ‘sign language’.

Sponsored
@johnlemmonnn

Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades! #alifsatar @alifsatar

♬ original sound – johnlemmonnn – johnlemmonnn

Walaupun tidak dapat dipastikan apakah yang dibualkan mereka, kelihatan raut wajah gembira peminat tersebut selepas mereka selesai bergambar. Perkongsian video yang tular itu kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dengan kebolehan Alif menggunakan bahasa isyarat.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, ada yang memberitahu Alif sememangnya mahir untuk berkomunikasi dengan bahasa isyarat kerana ibunya merupakan seorang guru yang mengajar ‘sign language’ di sekolah.

Sponsored

Malah ada juga yang berkongsikan sebelum ini juga Alif pernah menggunakan bahasa isyarat di dalam satu babak drama lakonannya. Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut memuji Alif yang dikatakan serba boleh dan layak diangkat sebagai idola kerana banyak memberikan pengaruh positif kepada masyarakat.

“Ini baru betul influencer.”

Sponsored

“Orang bisu ni kalau dia dapat tau kita yang ok ni tau sign language, dorang rasa bangga. Tengok lah muka pak cik tu ceria je tengok Alif sembang dengan dia.”

“Alif Satar ni macam arwah P.Ramlee, artis serba boleh. Muka pun manis. Bak kata arwah P.Ramlee, handsome tiada manis ada.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok