Usahawan dan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, dikenali sebagai Kak KM ini sekali lagi menjadi perhatian ramai. Sering dikaitkan dengan imej dan personalitinya yang kurang disenangi ramai, Kak KM tidak tersentap dan terus aktif di sosial media.
Kali ini satu video dengan paparan keluarga Kak KM bercuti di luar negara telah mencuri tumpuan ramai. Dalam satu video Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM ini kelihatan anak gadisnya bergaya di depan kamera.
Kedengaran suara Kak KM puji anak cantik bak bidadari. Namun apa yang menjadi buah mulut ramai adalah pemakaian anak gadisnya itu. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok baru-baru ini:
Perkongsian rakaman ini telah meraih perhatian dan menjadi buah mulut ramai. Tak dinafikan anak gadisnya yang seorang ini memang cantik.
Namun hanya gaya pemakaian remaja ini sahaja yang ditegur netizen. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kritik gaya pemakaian yang dikatakan terlalu seksi ini. Berikut antaranya:
“Ambik kooo..Bidadari krr macam tuhhh..Allahuakhbar”
“Kalau mak tak tegur, sape lagi yang nak tegur tu”
“Ya Allah pakaian macam tu..Disamakan bidadari dari syurga”
“Tak berani nak komen ngata anak orang, sebab diri sendiri pun tengah ada anak dara yang tengah naik membesar. Kita doa yang baik2 moga pengakhiran mereka jadi yang lebih baik”
Difahamkan keluarga Kak KM ini sedang bercuti di Londan dan beberapa lokasi pelancongan lain seperti Amsterdam serta Perancis.