“Nampak maknya syg kat anak, simpan seribu rahsia”- Video Puteri Balqis dijaga Ibu tular

Sponsored

Pelakon, Puteri Balqis kini semakin menjadi tumpuan selepas sekian lama tidak melibatkan diri dalam dunia lakonan. Dia yang juga merupakan salah seorang pelakon kanak-kanak popular terdahulu bagaimanapun membuatkan ramai peminat senang dia kembali berlakon dan mendapat perhatian memegang beberapa watak di kaca televisyen.

Nama Puteri Balqis turut mengejutkan ramai dengan kisah yang didedahkan kepada umum tentang dirinya dan ibu tercinta, Norashikin Mohd Aziz. Puteri Balqis atau lebih mesra dengan panggilan Aqish membuatkan ramai tidak henti-henti memberikan dia dan ibu semangat dan sokongan.

Sponsored

Video jadi tumpuan ramai

Terbaharu, satu muat naik video mengundang dua beranak ini menarik tumpuan warganet apabila individu dengan nama akaun, inayahbeautytrading berkongsikan klip video Puteri Balqis bersama ibunya dan dalam pada masa sama membuatkan peminat juga terharu melihat keakraban mereka.

Sponsored

Sudah menjadi tanggungjawab anak untuk berada disamping ibunya ketika susah mahupun senang dan perkara itu juga membuatkan sikap Puteri Balqis disenangi ramai. Melalui rakaman ini kelihatan Puteri Balqis begitu mesra dengan ibunya yang menjaga penampilannya sebagai seorang artis.

Netizen hujani ‘ribuan’ komen

Sponsored

Klip video tersebut turut menerima ribuan komen oleh warganet yang turut tumpang gembira melihat kebahagiaan Puteri Balqis dan ibunya sehingga hantaran itu juga ditinggalkan lebih 80,000 tanda suka.

‘Sangat soft spoken, lembut sangat’

Puteri Balqis

‘Balqis tetap utamakan ibunya walau dalam keadaan apapun…’

‘Semoga ibu dan anak ini sentiasa bersama’