“Nasib baik cantik”- Pelakon-pelakon wanita ‘sporting’ bergabung nyanyi

Sponsored

Pelakon, Puteri Aishah menerusi Instagram peribadinya berkongsikan beberapa keping foto ketika menyertai majlis Iftar. Turut memaparkan ramai selebriti terkenal tanah air seperti penyanyi dan pelakon berkumpul bersama.

Hadir dengan gaya masing-masing berpakaian baju kurung dan kaftan pelbagai warna membuatkan orang ramai tertarik dengan gelagat beberapa selebriti ini apabila dapat bertemu di majlis tersebut.

Sponsored

“Iftar bersama Khoon Hooi Ramadan 2023. Thank you for having me. I had so much fun semalam.” Kongsi Puteri Aishah menerusi Instagram disamping memuat baik beberapa keping foto.

Menerusi pertemuan mereka di majlis tersebut turut kelihatan, Emma Maembong, Ruhainies, Eyka Farhana, Uyaina Arshad, Sharifah Rose, kumpulan Dolla, Sophia AlBarakbah dan ramai lagi. Gaya mereka juga mendapat perhatian dimedia sosial masing-masing.

Sponsored

Walau bagaimanapun, dalam pada beberapa selebriti merakam momen mereka Iftar itu, terdapat juga momen yang mencuit hati ramai dengan beberapa pelakon-pelakon Malaysia terkenal yang begitu sporting menyanyi. Kelihatan Puteri Aishah disamping Ruhanies manakala Eyka Farhana dan Emma Maembong serta Uyaina Arshad, Sophia AlBarakbah dan Sharifah Rose bergandingan suara.

@uyaina

Bila orang tak pandai menyanyi dapat pegang mic 😂 Mention pelakon yang korang rasa nyanyi paling sedap kat sini 🤪

♬ original sound – byUA – byUA

Perkongsian tersebut ternyata mengundang orang ramai tertawa dengan gelagat sporting pelakon-pelakon Malaysia terkenal itu yang mana turut ditinggalkan pelbagai reaksi pula diruangan komen.

Sponsored

“Uyaina macam biasa, ia terpaling yakin”

“Lawa Sophia”

“Cantik-cantikla pelakon2 ni, semua yang aku minat…”

“Nasib baik cantik”