“Educated punya jawapan”- Senyap dikata dah nafi juga sama, reaksi Mia Sara dipuji

Sponsored

Pelakon yang dikenali sedari kecil, Mia Sara kini semakin dewasa dan cantik. Namun begitu, dia juga tidak terlepas daripada terpalit kontroversi yang mana baru-baru ini dia didakwa sebagai individu dalam rakaman video yang tular apabila memaparkan seorang selebriti wanita yang bertudung namun membuka tudung dan berparti.

Namun begitu, terbaharu Mia Sara tampil menafikan dakwaan dia adalah selebriti yang didakwa itu. Dia berkata kini zaman media sosial jadi gosip dan fitnah sebegitu biasa berlaku yang mana orang boleh saja letak gambar sesuka hati.

Sponsored

Dia menegaskan gambar dan video yang tersebar itu bukan dirinya namun katanya terpulang jika mahu percaya atau sebaliknya.

Netizen diruangan komen bagaimanapun memahami pelakon ini apabila jika senyap tetap dikatanya malah jika bersuara menafikan juga tetap ada yang tidak percaya.

Sponsored

“Bila disenyap, tetap kata dia. Bila dia bersuara menafikan tetap tak percaya. Jadi Mia jalan terus…”

“Manusia ni biasalah, kita senyap dikatakannya betul. Bila bersuara dikatanya menegakkan benang yang basah”

Sponsored

Meskipun sudah menafikan namun tetap ada yang ‘berbunyi’, netizen meminta agar pelakon ini terus berjalan. Pun begitu, jawapan daripada Mia Sara dalam video dikongsikan oleh Official Hlive itu dipuji oleh warganet sebagai satu yang bagus.

“Sekarang zaman fitnah, terpaksa tempuhinya kat tiktok pun kemain nampak orang buat…”