Nampaknya kekecohan mengenai pernikahan pengarah tersohor, Syamsul Yusof dengan isterinya, Ira Kazar masih hangat diperkatakan. Melibatkan kemelut rumahtangga yang sudah lama dihebohkan, akhirnya semua terjawab dengan pengakuan pengarah filem tersebut.
Dalam video pengakuan yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Syamsul Yusof mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan diwalikan sendiri oleh Kazar. Namun dia tidak mendedahkan bila pernikahan itu berlangsung.
Walau bagaimanapun, menerusi satu perkongsian video seorang wanita yang juga pengguna aplikasi TikTok dia mendakwa dengan hanya melihat pada tingkap dan mozek dia sudah tahu masjid mana jadi lokasi pernikahan berkenaan.
Nampaknya netizen mulakan siasatan berkenaan isu ini ya! Menerusi rakaman tersebut wanita ini dakwa lokasi pernikahan Syamsul Yusof adalah di Masjid Songkhla.
Dalam video itu kedengaran wanita ini berkata bukan niatnya untuk menyibuk pasal orang nak kahwin dua atau tiga. Dia juga turut mendedahkan berdasarkan tingkap dan mozek foto pasangan pengantin baru yang tular itu, lokasi pernikahan Syamsul Yusof adalah di Masjid Songkhla atau lebih dikenali sebagai Masjid Taj Mahal Thailand.
“Berdasarkan tingkap dan mozek ni, lokasi mereka kahwin di Masjid Songkhla Thailand, atau lebih dikenali sebagai Masjid Taj Mahal Thailand. Akak cam, sebab biasalah aku kan kak long kawasan,” kata wanita berkenaan.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian dan pendedahan tersebut seperti berikut:
“Jangan main2 dengan perempuan. Tingkap pun boleh cam 100%”
“Kannn yang selalu pi mesti cam”
“Macam detective conan aih”
“Aritu stokin..Arini tingkap mozek masjid”