Watak Pak Samad Sembang Pasal ‘Poligami’ Jadi Perhatian, “Macam Kena Dengan Situasi Je”

Sponsored

Sejak minggu lalu hangat di sosial media dengan kisah kemelut rumahtangga pengarah Mat Kilau dan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah. Isu yang sehingga ke hari ini masih kecoh diperkatakan di segenap sosial media itu turut mendapat perhatian ibu dan bapa Syamsul Yusof sendiri.

Apa yang membuatkan isu ini lebih panas apabila Syamsul Yusof sendiri telah mengakui sudah bernikah dengan Ira Kazar menjadikan anak kepada pelakon senior itu sebagai isteri kedua kepada pengarah tersohor berkenaan.

Sponsored

Malah Syamsul Yusof turut akui pernikahan itu diwalikan sendiri oleh pelakon senior itu sendiri, iaitu Kazar. Disebabkan kekecohan ini, watak Pak Samad yang pernah dibintangi oleh pelakon berkenaan kembali tular.

Apatah lagi ada babak perbualan yang mengulas mengenai isu berkahwin lain dalam drama berkenaan. Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram Drama Sangat.

Sponsored

Dalam rakaman babak tersebut, ia diambil dari drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang mana pada waktu itu anak Pak Samad, Khuzairi mahu berkahwin dengan isteri kedua. Pak Samad pada waktu itu terlalu sayang akan menantunya, Mia Adriana menyebelahi karakter berkenaan.

“Mana ada isteri bahagia bila suami kahwin lain. Bila seorang isteri tu redha dia tak perlu pergi..Untuk dapatkan syurga untuk diri dia. Dia lebih kenal suami dia dan dia nak lalui susah senang bersama”, itu antara dialog watak Pak Samad.

Sponsored

Disebabkan imbau semula rakaman babak ini, ramai yang akui ia seakan sesuai dengan situasi melibatkan anak Kazar kini. Berikut antara reaksi ramai:

“Pak Samad pandai cakap je tapi bila tang anak sendiri yang menyondol dapat nantu kaya plak tu pak samad pun terus setuju”

“Hai min dia punya perli tahap level 999 eh”

“Habistu pahal kau biarkan anak kau runtuhkan rumahtangga orang wahai Pak Samad..”

“Macam kena dengan situasi je”