Baru-baru ini, penyanyi rap dari kumpulan terkenal iaitu MK K-Clique telah menggunakan perkhidmatan Abam Rongg yang cukup dikenali di platform Tik Tok. Lelaki itu yang merupakan pakar mengganti cermin kereta telah membantu membaiki cermin kereta Range Rover SVR milik MK yang mempunyai masalah retak.
Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan Abam Rongg yang sedang melakukan kerja-kerja membaiki di mana terdapat kesan retak panjang pada cermin hadapan kereta itu. Abam Rongg turut menerima pujian ramai di atas kerjanya yang kemas dan kelihatan begitu profesional melakukan tugasnya ini.
Selain itu, apa yang menarik perhatian netizen ialah Abam Rongg kemudiannya meminta izin MK untuk membacakan doa untuknya selepas selesai melakukan kerjanya. Di dalam doa itu, Abam Rongg mendoakan kemurahan rezeki dan kerahmatan dari Yang Maha Esa untuk MK dan rakan-rakannya.
“Ya Allah, hari ini aku datang dari jauh, aku seronok dapat bantu dan aku nak doakan Ya Allah, supaya kau murahkan rezeki mereka sekawan, panjangkanlah umur mereka. Ya Allah kau berkatilah mereka, kau rahmatilah mereka. Amin Ya Rabbal Al-Amin.”
Perkongsian video itu kini meraih lebih sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut sama terharu melihat tindakan spontan lelaki ini. Malah MK juga turut kelihatan terharu dengan bacaan doa untuknya itu dan turut berterima kasih kepada Abam Rongg.
Komen netizen
Meninjau di ruangan komen, netizen turut memuji lelaki itu yang tidak lupa memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa di atas rezeki yang diberikan itu. Dalam masa yang sama, ramai yang turut berminat ingin mendapatkan perkhidmatan Abam Rongg ini bagi menyelesaikan masalah cermin kereta mereka.
“Pakej sekali doa eh bang, mantul.”

“Salute Abam Rong pakej sekali doa mana nak dapat macam ni, terbaik lah.”

“Yang part doa memang terbaik, memang win.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.