Netizen Kesian IG Shuib ‘Diserang’ Penyokong Jep, “Hanya Satu Keburukan, Hapus Semua Kebaikan…”

Sponsored

Baru-baru ini, pelawak Jep akhirnya membuka mulut mengenai punca yang menyebabkan Shuib enggan menyertai program Sepahtu Reunion Live. Difahamkan, semuanya berpunca daripada tindakan Astro yang menggantung Shuib sebanyak dua episod selepas dia melakukan lawak berunsurkan lucah.

Shuib kemudian meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu memandangkan dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Susulan pendedahan dari Jep ini, ramai yang menantikan respon dari Shuib yang hanya mendiamkan diri selepas cerita itu didedahkan kepada umum.

Sponsored

Namun Shuib dilihat masih lagi aktif di Instagram dan sempat memuat naik beberapa perkongsian di akaunnya itu. Tetapi berdasarkan tinjauan, ruangan komen di akaun Instagram Shuib telah ‘diserang’ oleh penyokong Jep yang tidak berpuas hati dengan pelawak itu.

Di dalam hantaran terkini Shuib, dia memuat naik ‘review’ untuk sebuah produk kurus tetapi ada segelintir netizen lebih tertumpu kepada isu yang sedang berlaku di antara pelawak itu dan Jep. Disebabkan itu, netizen meluahkan rasa kesian dengan Shuib yang tidak henti-henti menerima kecaman.

Sponsored

Malah netizen menganggap tidak wajar untuk mereka ‘menyerang’ di setiap perkongsian yang dimuat naik oleh Shuib. Tambahan pula, hantaran yang dimuat naik itu adalah video ‘review’ untuk sebuah produk dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa dalam hal ini.

“Akhir zaman, semakin ramai manusia busuk mulut, busuk hati. Teruskan perjuangan ib, Tuhan Maha Mengetahui.”

Sponsored

“Jep pun aku suka, Shuib pun aku suka. Tak perlu kita menghukum mereka, doakan yang baik-baik.”

“Betul lah orang kata, hanya satu keburukan hapus semua kebaikan yang abang telah buat selama ni.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram