Fasha Sandha akhirnya kongsi perkembangan, “Mujur mata kanan…”

Sponsored

Cukup mengejutkan buat peminat pelakon yang popular dengan bakat hebatnya apabila menghayati watak, Fasha Sandha baru-baru ini mendedahkan dia mengalami kecederaan pada mata kirinya selepas terhentak pada bucu katil.

Kejadian terbabit terjadi ketika dia menjalani penggambaran sebuah drama. Disebabkan kejadian itu juga, peminat Fasha Sandha begitu bimbang. Namun begitu selepas kejadian tersebut terjadi terbaharu, Fasha memuat naik posting berkongsikan perkembangan dirinya.

Sponsored

Assalamualaikum, kali ni menaip menggunakan sebelah mata. Mujur mata kanan masih sihat sempurna.” Ujarnya yang mana dia terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada mamanya, suami, anak-anak, keluarga dan peminat serta rakan-rakan dengan doa diterimanya.

Fasha Sandha bagaimanapun akui dia tidak merasa tertekan dan tidak mahu menyalahkan sesiapa. Dia menggangap Allah hanya ingin dia berehat seketika.

Sponsored

“Saya tidak pernah rasa tertekan, tidak mahu menyalahkan sesiapa, saya anggap Allah hanya ingin saya berehat seketika. Ya 8 hari yang begitu panjang buat saya, pertama kali admitted di hospital kerana injured.”

Menerusi perkongsian Fasha Sandha tentang perkembangan terbaharunya yang dikongsikan di Instagram, dia turut memuat naik beberapa keping foto ditemani mama dan ahli keluarga.

Sponsored

Selain itu, Fasha Sandha juga menceritakan tentang perkembangan kerjanya dimana dia disaat itu juga memikirkan tanggungjawab dan hanya ingin menghabiskan tugas namun tidak dibenarkan oleh beberapa individu yang sekali gus membuatkan dirinya terharu.

“Dikala kesakitan baru kita sedar…”