Netizen Minta Ibu Shuib Tak Masuk Campur Hal Anak, “Entah Apa-Apa, Nak Backup Anak Bagai…”

Sponsored

Semalam, ibu kepada pelawak Shuib telah tampil mempertahankan anaknya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram. Di dalam hantaran itu, Salamiah menyokong tindakan Shuib yang enggan menyertai program Sepahtu Reunion Live kerana tidak mahu anaknya terus ditindas.

Dia berkata anaknya juga turut diperli dan dimalukan oleh sahabatnya sendiri serta diperlakukan seperti mereka yang tidak mempunyai maruah. Walau bagaimanapun, tindakan Salamiah membela anaknya ini telah menerima kecaman semula dari netizen yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan wanita itu.

Sponsored

Tidak perlu masuk campur

Kebanyakan netizen menganggap Salamiah tidak sepatutnya masuk campur di dalam urusan anaknya ini apatah lagi Shuib dan Jep cukup dikenali dalam industri hiburan. Tambah netizen, kenyataan yang dikeluarkan ibu Shuib ini juga hanya memburukkan pihak lain, berbeza dengan kenyataan Jep yang hanya menjelaskan apa yang berlaku tanpa memburukkan sesiapa.

Malah netizen juga berpendapat Shuib sudah cukup dewasa dan matang untuk menyelesaikan isu itu tanpa campur tangan dari ahli keluarganya yang lain. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pelawak ini juga akan mengeruhkan lagi keadaan dan memanjangkan isu yang berlaku di antara kedua-dua pelawak tersebut.

Sponsored

“Dulu boleh kena bahan takkan sekarang ada duit dah tak boleh kena bahan. Oh lupa dah jadi boss kena hormat.”

“Entah apa apa, nak backup anak bagai. Rasanya Jep tak ada pun burukkan sesiapa…”

Sponsored

“Family tak perlu masuk campur urusan kerja anak atau masalah anak especially dalam dunia seni ni…”

Terdahulu, Jep memuat naik kenyataan di Instagram menjelaskan punca sebenar mengapa Shuib tidak lagi bersama program Sepahtu Reunion Live. Difahamkan, Shuib telah membuat lawak berunsur lucah di dalam satu episod program itu dan dikenakan tindakan oleh pihak Astro namun Shuib tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan padanya.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberinstagram