Giliran Syatilla Melvin ‘sound’ penyondol, “Ada jugak artis yang berani bersuara”

Sponsored

Pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin menerima reaksi pujian dan komen setuju oleh orang ramai khususnya wanita apabila dia bersuara mengenai ‘penyondol’. Nampaknya sejak pada tahun lalu, isu ‘penyondol’ begitu mengundang kemarahan ramai di media sosial.

Ditambah pula terdapat kes yang melibatkan selebriti sendiri namun kata-kata Syatilla Melvin mengenai ‘penyondol’ menarik tumpuan orang ramai. Ujar Syatilla Melvin dalam satu temubual yang mana apabila seseorang itu berbuat tidak baik kepada orang lain, pasti akan terkena semula pada dirinya.

Sponsored

“Pesanan khas Syatilla Melvin buat ‘penyondol’ di luar sana,” kongsi Majalahwanita yang membuatkan orang ramai turut setuju dan pernah melihat seseorang seperti itu terkena masalah.

Namun begitu, tidak hanya itu sahaja pesanan Syatilla Melvin dimana dia juga bersuara buat suami yang memukul isteri. “Kalau hang tak mau, hang pulang cara baik.”

Sponsored

Netizen bagaimanapun turut memuji tindakan Syatilla Melvin yang berani bersuara tentang isu tersebut dan dalam pada itu, orang ramai juga menghujani dengan komen setuju dan menyokong apa yang dikatakan selebriti berkenaan.

“Ada jugak artis yang berani bersuara. Dari poyo buat suci”

Sponsored

“Betui tu, dayus sangat sebab pukul seorang wanita yang pernah bergelar isteri dulu”

“Terbaiklah penyokong-penyokong wanita sedunia…”

“Betul, kawan saya kawen laki orang ada kilang… at last bangkrap duk menyewa”