“Poligami Tanpa Izin Isteri Pertama Dianggap Tak Mampu,” Video Ustaz Azhar Idrus Tentang Poligami

Sponsored

Sejak akhir-akhir ini kecoh di media sosial dengan kisah rumahtangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana. Malah kemelut itu sebenarnya telah lama berlaku dan sehingga Jumaat lalu akhirnya Syamsul Yusof mengeluarkan kenyataan dari pihaknya.

Kisah peribadi pasangan selebriti mendapat perhatian umum apabila Syamsul Yusuf sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapa isterinya itu, Kazar.

Sponsored

Bukan mahu menghangatkan lagi suasana, namun baru-baru ini Yatt Amzah memuat naik satu video ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai poligami menerusi akaun TikTok miliknya.

Dalam video tersebut Ustaz Azhar Idrus menjawab soalan tentang hukum poligami tanpa pengetahuan isteri pertama. Berikut adalah rakaman tersebut:

Sponsored
@yatthamzah.official

Perbuatan yg sah tapi cara yg tak betul. Ianya tak adil dan dianggap tak mampu jika tak mampu berlaku adil pd isteri pertama. Jauh sekali untuk mengundang Rahmat Allah bila menganiaya dan mengabaikan perasaan isteri. . #poligami #yatthamzahshare #fromtheheartofAMujahidah #darihatiseorangmujahidah #Yattmengayat #bondayattshare

♬ original sound – YattHamzah.official – YattHamzah.official

Dalam video tersebut Ustaz Azhar Idrus memberitahu hukumnya sah tapi perbuatan itu tak betul.

“Hukum suami kahwin nombor 2 tanpa pengetahuan isteri pertama…Hukumnya sah tapi perbuatan itu tak betul. Kerana perkahwinan ini adalah bergembira bukan bersedih. Maka kita ada isteri pertama kita kahwin yang kedua menjadi tiga. Jadi biarlah tiga-tiga ini bergembira.

Sponsored

Jangan berdua je gembira, seorang lagi sedia. Jadi minta izin yang pertama…Jangan sembunyi2. Kalau isteri tipu kita marah tak? Jadi kahwin senyap2 tipu isteri, dia ingat tidak bermadu. Isteri pertama sanggup berpisah dengan ibu bapa untuk ikut kita...

Maka besar tak budi dia? Kenapa tipu dia, mu tak betullah. Yang mampu boleh panggil isteri dia beritahu nak kahwin lain.”

Di ruangan kapsyen, Yatt Amzah menulis seperti berikut:

“Perbuatan yg sah tapi cara yg tak betul. Ianya tak adil dan dianggap tak mampu jika tak mampu berlaku adil pd isteri pertama. Jauh sekali untuk mengundang Rahmat Allah bila menganiaya dan mengabaikan perasaan isteri.