“Ni Aniq hahaha”- Siti Khadijah dedah ciri2 suami, mahukan yang rajin & tak panas baran

Sponsored

Pelakon, Siti Khadijah Halim nampaknya semakin menjadi perhatian dalam dunia lakonan terutama drama yang mana dia telah mendapat tempat di hati peminat drama tempatan dengan watak utama dilakonkannya.

Baru-baru ini pula, Siti Khadijah Halim dilihat menerusi temubual ada berkongsikan beberapa ciri suami yang diinginkan. Dalam menerusi video dimuat naik ini, Siti Khadijah menyenaraikan lima ciri yang dimahukan seperti bertanggungjawab, rajin, bukan panas baran, tak berkira masa, tenaga dan duit serta yang terakhir adalah boleh bertolenrasi.

Sponsored
@hijabistamy

Sejak muncul dalam drama berjudul ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ dan ‘Ash & Aish’; nama Siti Khadijah Halim mula dikenali & mencuri hati ramai. Buat peminat Siti Khadijah, korang ada ke ciri-ciri yang dicari tu? 👀 #hijabistamagazine #iamhijabi #trending #sitikhadijahhalim

♬ original sound – Hijabista, KL MY – Hijabista, KL MY

Walau bagaimanapun, nampaknya ciri-ciri yang dikongsikannya itu membuatkan nama pelakon, Aniq Suhair menjadi sebutan apabila dia dikatakan mempunyai ciri-ciri dikatakan Siti Khadijah Halim. Seloroh peminat terhadapnya juga, pelakon lelaki kacak itu mungkin ada pada dirinya tentang ciri-ciri disebut itu.

Umum diketahui, Siti Khadijah Halim dan Aniq Suhair merupakan pelakon-pelakon utama dalam sebuah drama popular berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali. Ternyata keserasian dalam drama tersebut membuatkan mereka sehingga sekarang menjadi perhatian peminat.

Sponsored

Diusik peminat

‘Ciri-ciri yang Siti nak ada pada Aniq rajin dan semua lah’

Sponsored

‘Rasanya ciri-ciri tu ada pada si A kan. Alhamdulillah, anyway moga dapat jodoh yang baik’

‘InsyaAllah, moga bertemu jodoh yang baik-baik kakak kita Siti Khadijah Halim’

‘Semoga Siti mendapat jodoh yang terbaik dari tuhan. Biar lambat janji pilihan kita betul dan tepat. Aminn’