“Apa Perasaan Syamsul Bini-Bini Dia Berperang Di Mahkamah…”, Puteri Sarah Bagi Jawapan Padu

Sponsored

Terdahulu, pelakon Puteri Sarah memaklumkan dia telah dibenarkan untuk memulakan prosiding berkaitan hal menghina mahkamah ke atas madunya, Ira Kazar termasuklah kakak dan bapa wanita itu. Puteri Sarah berkongsikan mengenai hal itu menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram.

Hantaran yang dikongsikan itu turut mencuri tumpuan ramai di mana rata-ratanya mendoakan urusan pelakon itu dipermudahkan. Malah netizen juga berharap tindakan Puteri Sarah ini dapat membuka mata ramai tentang hak seorang isteri apabila berhadapan dengan isu orang ketiga.

Sponsored

Dalam masa yang sama, ada individu yang tertanya-tanya tentang perasaan suami Puteri Sarah iaitu Syamsul Yusof melihatkan kedua-dua isterinya kini ‘berperang’ di mahkamah. Tambah individu itu lagi, dia berasa pelik mengapa pengarah filem itu hanya membiarkan sahaja isteri-isterinya berbalah.

“Apa perasaan Syamsul eh bini-bini dia ‘berperang’ kat mahkamah? Dia sebagai suami takkan lah tak bertindak apa-apa? Suami kot. Takkan tak nak settle hal isteri-isteri dia. Berdiam diri kononnya.”

Sponsored

Reaksi Puteri Sarah

Komen yang ditinggalkan itu turut menerima reaksi balas dari Puteri Sarah yang memberi jawapan ‘padu’ di atas pertanyaan itu. Merujuk kepada soalan yang ditanyakan itu, pelakon tersebut memberitahu untuk menjadi seorang yang berani itu adalah sukar.

“Kerana menjadi berani itu sukar.”

Sponsored

Sebelum ini, Ira Kazar dan ahli keluarganya diminta untuk menjawab dan memberi tunjuk sebab kepada mahkamah di atas dakwaan Puteri Sarah yang mendakwa wanita itu menjejaskan ketenteraman dan kedamaian rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

Malah sebelum ini juga, ibu kepada dua cahaya mata ini mendedahkan menerima kiriman mesej memaparkan perbualan ahli keluarga Ira Kazar yang menuduh Datuk Yusof Haslam sebagai individu yang membayarkan kos guaman untuk Puteri Sarah.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.