“Ni suara dah besar”- Bella Astillah belanja lagu Diari Ramadan Rafique

Sponsored

Bila tiba bulan Ramadan, tentu nostalgia di bulan tersebut kembali menggamit memori bersama keluarga atau sahabat. Antaranya pasti drama Diari Ramadan Rafique antara yang masih diingati penonton sehingga sekarang.

Mana tidaknya, penangan drama tersebut sehingga sekarang ia masih menjadi memori indah orang ramai dengan jalan cerita serta lakonan pelakon yang terlibat. Walau bagaimanapun selain pelakon, lagu OST Diari Ramadan Rafique juga antara yang disukai.

Sponsored

Malah lagi tidak disangka, penyanyi Bella Astillah menjadi tumpuan ramai apabila rupanya dialah pemilik suara lagu terbabit yang mana akhirnya diketahui umum tentang itu. Bella Astillah juga sporting memenuhi permintaan peminat untuk menyanyi semula lagu tersebut.

Ternyata pada tahun ini juga, Bella Astillah sekali lagi memenuhi permintaan terbabit namun selorohnya diruangan kapsyen bahawa versi pada kali ini adalah suaranya yang sudah besar.

Sponsored
@bellaastillah_94

Ramai betul permintaan lagu ni ya.. okayy saya tunaikan🙈 tapi ni suara dah besar dah😝 #DiariRamadhanRafique

♬ original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

“Ramai betul permintaan lagu ni ya, Okay saya tunaikan. Tapi ni suara dah besar dah,” tulis Bella Astillah di hantaran satu rakaman pendek berdurasi lebih dua minit yang memaparkan dia menyanyikan penuh lagu OST drama popular itu.

Aku ingat budak lelaki yang bawak lagu ni dulu tau, bella rupanya ‘

Sponsored

‘Terbaik sebab masih ingat lirik. Sebab lagu ni keluar bulan puasa je.’

‘Bila tengok ni, aku baru sedar yang aku dah tua. Dulu tak pernah miss tengok Diari Ramadan Rafique’

‘Baru tahu Bella yang nyanyi, comel je’