Nora Danish Menyanyi Rap Timbul Pelbagai Reaksi, “Rap Versi Comel”

Sponsored

Cukup terkenal satu ketika dulu menerusi siri drama berjudul Puteri, Nora Danish antara pelakon wanita yang masih bertahan sehingga kini. Malah penampilannya yang kekal cantik dan menarik membuatkan ramai yang meminati selebriti ini.

Siapa sangka dari berlakon, kini Nora Danish mula berjinak-jinak sebagai seorang penyanyi rap. Menerusi perkongsian satu video pendek di TikTok, dipaparkan Nora Danish berduet bersama Waris.

Sponsored

Nora Danish berbakat!

Lagu yang dinyanyikan kedua mereka adalah berjudul, ‘Ini Lagi Boom’. Mendengarkan Nora Danish menyanyi rap ini telah membuatkan ramai terpegun dan tak sangka.

Sponsored

Berikut adalah rakaman pendek yang memaparkan Nora Danish duet bersama Waris menerusi lagu tersebut yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok:

@kru.music

Nora Danish ke udara , Nora Danish bersuara , Walau berkeluarga ku masih bertenaga , Tetap tip top seperti anak dara 😆 Jom dengar lagu Ini Lagi Boom di Youtube KRU Music! #IniLagiBoom #Waris #NoraDanish #fyp

♬ Ini Lagi Boom – Waris & Nora Danish

Wow, tak sangka ada bakat menyanyi rap rupanya Nora Danish ini. Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya turut terkejut melihatkan video pendek tersebut.

Sponsored

Ramai tak sangka

Tak kurang juga ada yang memuji mengatakan Nora Danish terlalu comel untuk menyanyi rap. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Comel betul Nora Danish ni”

“Arghh best nye dengar. Comey betuii Song Jihyo Malaysia kita rap yer”

“Arghhh terlalu comel untuk awak rap”

“Dia terlalu comel untuk menyanyi rap”

Rupanya lagu 5 tahun lepas

Meskipun begitu, lagu Ini Lagi Boom tersebut sebenarnya sudah diterbitkan lima tahun lalu. Berikut adalah muzik video lagu tersebut yang dimuat naik menerusi Youtube KRU Music:

SumberKRU Music