Campak Duit RM1,000 Dari Tingkat Atas ‘Mall’, Cara Individu Ini Bersedekah Cetus Perdebatan Netizen

Sponsored

Sekarang ini ada pelbagai jenis ‘content’ yang dapat dilihat di media sosial dan ada kalanya ia boleh mencetuskan rasa kurang senang buat netizen. Sama macam perkongsian video ini yang memaparkan gelagat seorang individu yang mencampakkan duit di sebuah pusat membeli belah.

Menerusi video yang dikongsikan itu, individu tersebut dilihat berada di sebuah pusat membeli belah terkemuka di ibu negara. Turut kelihatan beberapa wang kertas bernilai RM100 dipegangnya yang dipercayai kesemuanya berjumlah RM1,000.

Sponsored

Individu itu kemudian mencampakkan duit tersebut dari atas tanpa pengetahuan mereka yang berada di bawah. Walaupun tidak dapat dipastikan apakah tujuan dia melakukannya, ramai yang berpendapat mungkin dia mahu memberikan duit tersebut kepada mereka yang berada di situ.

Perkongsian video ini turut menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen di mana ada yang menyelar tindakannya bersedekah dengan cara ini. Menurut netizen, ada cara yang lebih baik dan beradab untuk memberikan sedekah kepada orang ramai.

Sponsored

“Sedekah tu bagus, cara tu tak kena. Sekiranya dapat pada yang dah ada duit?”

“Serba salah orang nak ambil. Entah duit orang terjatuh ke apa…”

Sponsored

“Tak kisah lah dia nak bagi macam mana. Kutip je lah kalau dah jatuh depan mata…”

Namun ada juga yang menganggap ia tidak menjadi masalah kerana ia akan memberikan kegembiraan kepada mereka yang mendapatnya. Video yang dimuat naik itu kini menerima lebih sejuta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut tertanya-tanya tentang identiti sebenar individu itu.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok