Noreen Luah Syukur Nampak Nad Zainal Tersenyum

Sponsored

Umum sedia tahu keadaan pelakon berbakat besar Nad Zainal sebelum ini. Berita mengenai keadaan kesihatan Nad Zainal yang terlantar di hospital dan terpaksa ditidurkan telah meraih simpati ramai.

Sejak dari itu, rakan selebriti seperti Ungku Ismail mengambil peranan untuk sentiasa ‘update’ akan keadaan terkini Nad Zainal tersebut. Malah rakan-rakan lain turut menubuhkan tabung kutipan kecemasan untuk membantu apa yang perlu.

Sponsored
Nad Zainal

Terbaharu, Norreen yang merupakan salah seorang rakan selebriti Nad Zainal berkongsikan satu rakaman menceritakan pengalamannya. Menurut pelakon wanita ini Norreen terharu bila dia mendapat panggilan dari Ungku Ismail.

Apa yang ditunjukkan oleh Ungku Ismail adalah Nad Zainal yang tersenyum di dalam panggilan video berkenaan.

Sponsored
@ainarahman__

Alhamdulillah. Semoga sihat seperti sediakala🤲 @Nad Zainal #norreen #fyp #fypシ #norreenbuathal

♬ original sound – Ainaaa – Ainaaa

Biarpun begitu, di ruangan komen warganet meluahkan rasa terhibur dengan gelagat Norreen yang gembira dengan khabar gembira ini. Malah ada juga yang meninggalkan rasa syukur atas keadaan terkini Nad Zainal tersebut. Berikut antaranya:

“Alhamdulillah..Tak jadi aku nak nangis”

Sponsored

“Hati aku bercampur baur..Nak nangis sebab happy atau aku nak gelak sebab kau Noreen”

“Mood macam bertukar tau mula kita nak nangis pastu Kak Noreen gelak terbahak aku”

Selain dari itu, terbaharu Ungku Ismail turut berkongsikan keadaan terkini Nad Zainal yang mula sudah sedar. Berikut adalah video ringkas yang dimuat naik menerusi akaun Instagram pelakon ini:

Sumber: Instagram Ungku Ismail / TikTok Aina Rahman