Dakwa Bola Sudah Terkeluar, Peminat Bola Sepak Persoalkan Gol Kontroversi Jepun

Sponsored

Kejutan demi kejutan dapat disaksikan di dalam Piala Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Qatar kini. Semalam perlawanan di antara Jepun dan Sepanyol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu jaringan ‘kontroversi’ dari Jepun.

Pasukan Jepun berjaya menumpaskan Sepanyol dengan jaringan 2-1 sekaligus meranapkan impian Jerman untuk mara ke pusingan 16 terakhir di Piala Dunia 2022. Walau bagaimanapun, kebanyakan peminat bola sepak mempersoalkan jaringan kedua Jepun yang mencetuskan perdebatan ramai di media sosial.

Sponsored

Kemenangan Jepun ini dianggap kontroversi kerana jaringan kedua yang dilakukan pemain Ao Tanaka dikatakan telah pun terkeluar dari garisan. Bola itu kelihatan terkeluar dari permainan sebelum pemain Kaoru Mitoma menyilangkan semula bola masuk ke dalam kotak penalti.

Isu ini juga turut menerima perhatian dari lagenda pemain bola sepak Sepanyol, Gaizka Mendieta yang mempertikaikan gol dijaringkan oleh pemain Jepun ini. Namun ada yang memberitahu berdasarkan peraturan bola sepak, bola seharusnya keluar secara keseluruhan untuk dikira sebagai terkeluar garisan.

Sponsored

Tidak kurang juga yang mendakwa sudut dan perspektif pandangan juga adalah penting dalam menilai isu tersebut. Setakat ini, FIFA masih belum memberikan sebarang respon berkenaan isu yang dibangkitkan ramai ini.

Jepun kini berjaya mara ke kumpulan 16 terakhir manakala Jerman yang pernah menjadi juara Piala Dunia 2014 mengalami penyingkiran di peringkat kumpulan buat dua kali berturut-turut dalam Piala Dunia.

Sponsored

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.