Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman dilihat sering membuat pertanyaan ‘Ask Me A Question’ menerusi akaun Instagramnya. Namun baru-baru ini, satu soalan yang ditanyakan oleh seorang pengikutnya telah mencetuskan kemarahan ramai.
Di dalam hantaran tersebut, individu itu telah bertanyakan mengenai anak perempuan Norreen yang dikatakan sama dengan kartun Dora. Menurutnya, kanak-kanak perempuan itu sama seperti kartun ‘Dora The Explorer’ dan bertanyakan sama ada dia juga mempunyai personaliti yang sama dengan kartun itu.
“Anak kak Norreen yang perempuan tu saya tengok macam Dora. Dia bodoh dan buta macam Dora tak?”
Berang dengan soalan yang diajukan itu, Norreen menegur semula individu tersebut di atas soalan yang biadab diberikan mengenai anaknya itu. Malah Norreen turut mengamuk dan meminta individu itu untuk tidak sewenang-wenangnya berkata begitu tentang anak orang lain.
Reaksi dari Norreen ini turut menerima sokongan dari netizen yang rata-ratanya berpendapat individu tersebut telah melampaui batas dengan bertanyakan soalan biadab seperti itu. Meninjau di ruangan komen, netizen turut mengecam individu itu di atas pertanyaan yang diajukan ini.
“Teruknya tanya soalan macam tu.”
“Bab-bab anak ni janganlah mengusik haa memang angin lah sebab anak dia.”
“Puas hati aku dengar.”
Malah netizen berpendapat itu bukanlah cara terbaik untuk bergurau tentang anak orang lain dengan soalan tersebut. Dalam masa yang sama, ramai yang berpuas hati melihat gaya pelakon itu mempertahankan anaknya dan tidak melayan soalan-soalan merepek seperti ini.
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.