Norman ‘Backup’ Sheila Rusly Isu Biadab Jadi Juri, “Dia Cuma Bawa Watak Antagonis…”

Sponsored

Sebelum ini, pelakon Sheila Rusly teruk dikecam netizen selepas tindakannya mengkritik peserta dalam sebuah program masakan menjadi bualan ramai. Malah rata-rata netizen mengutuk tindakan pelakon itu yang dikatakan biadab semasa memberikan komen.

Tidak kurang juga yang mempertikaikan kredibiliti Sheila Rusly dalam bidang masakan sehingga memberikan kritikan yang begitu dahsyat kepada peserta. Lagi-lagi apabila pelakon itu bukanlah seorang chef profesional seperti juri tetap lain dalam program tersebut.

Sponsored

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment iaitu Datuk Norman Halim tampil memberikan pandangannya mengenai isu itu. Menurutnya, setiap juri atau tenaga pengajar dalam program realiti mempunyai tugas dan watak mereka yang tersendiri.

“Saya tengok Sheila mainkan peranan yang baik sebagai pengkritik tegas untuk timbulkan saspens dan drama dalam rancangan tu.”

Sponsored
Cetuskan unsur saspens

Menurutnya, dia sendiri mempunyai pengalaman menjadi juri dalam program realiti dan cukup faham dengan tugas Sheila Rusly di dalam program masakan itu untuk menimbulkan unsur saspens bagi menarik perhatian penonton.

Jelasnya lagi watak tegas yang dibawakan oleh Sheila di dalam program itu diibaratkan seperti seorang guru yang ingin mendidik anak muridnya. Apa yang ditonjolkan di dalam program itu juga tidak menggambarkan keperibadiannya yang sebenar.

Sponsored
Program di luar negara lebih dahsyat

Norman turut membandingkan dengan program realiti di Barat yang lebih dahsyat dengan elemen drama termasuk membuang makanan ke dalam tong sampah atau membaling makanan pada muka peserta.

“Kalau di Barat, ada rancangan memasak Gordon Ramsay. Dia pun hentam peserta dengan kritikan ‘pedas’ sampai rancangan tu popular di seluruh dunia.”

Walaupun menerima kecaman hebat, Norman tetap memberikan pujian kepada Sheila Rusly dan krew produksi yang berjaya menyuntik unsur saspens dan drama sehingga program tersebut kini menjadi bualan ramai di media sosial.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumberkosmo