Dikatakan Terlalu Biadap, Sheila Rusly Teruk Dikecam Penonton, “Kau Chef Tersohor Ke…”

Sponsored

Baru-baru ini, tular satu rakaman dari episod sebuah rancangan masakan di mana Sheila Rusly menjadi juri tetap di dalam program tersebut. Namun apa yang menjadi bualan ramai ialah komen yang diberikan oleh pelakon dan penerbit ini yang dikatakan agak biadap.

Di dalam video yang kini tular di media sosial itu, Sheila Rusly telah memberikan komen kepada peserta program tersebut di mana masakan yang dihidangkan tidak berjaya menambat hati para juri. Menurutnya, hidangan yang disiapkan oleh peserta tersebut tidak mempunyai rasa yang enak dan kurang perasa.

Sponsored

Dia turut menegur peserta tersebut apabila kepingan ayam itu dipotong dalam saiz yang tidak sama kesemuanya. Sheila Rusly kemudiannya meninggikan suaranya sambil menunjukkan keadaan ayam yang ‘overcooked’ akibat dimasak terlalu lama.

“Kalau nak potong (ayam) kena sama saiz. Ini apa… Ini overcooked, KERAS SANGAT! Terlalu lama sebab saya nampak ayam tu masak terlalu lama…”

Mengalahkan chef profesional

Sponsored

Video yang tular itu kini menjadi bualan netizen di media sosial di mana ramai yang menganggap caranya memberi komen sebagai biadap dan terlalu ‘over’. Malah ada juga yang mempertikaikan kredibiliti Sheila Rusly dalam bidang masakan memandangkan dia bukanlah chef profesional.

Oleh itu, dia sepatutnya tidak perlu menegur peserta dengan begitu teruk sekali tambahan pula peserta di dalam program tersebut bukanlah mempunyai mempunyai latar belakang bidang kulinari mahupun adalah chef profesional.

Sponsored

Difahamkan, rancangan Dapur Tempur ini menampilkan lapan pasangan keluarga yang mempunyai minat memasak untuk bertanding di mana juri tetap rancangan itu ialah Chef Adu dan Sheila Rusly bersama beberapa juri jemputan setiap minggu.

Komen netizen

Meninjau di Twitter, rata-rata netizen mengecam tindakan penerbit tersohor itu dan membandingkan gayanya dengan chef profesional di dalam rancangan masakan lain semasa memberikan komen kepada peserta.

Tambah netizen, tindakan Sheila Rusly ini lebih kepada memalukan peserta dan tidak membantu peserta untuk memperbaiki prestasi mereka. Namun ada juga yang berpendapat tugas Sheila Rusly adalah untuk mencetuskan unsur drama dalam rancangan tersebut bagi menarik perhatian penonton.

“Aiyooo kau chef tersohor ke nak fefeeling Gordon Ramsay. Setakat jadi duta meggi pastu semua benda buh cukup rasa tak yah nak acah la.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.