Drama berjudul Rindu Kasih ini nampaknya semakin menjadi perhatian ramai. Satu fenomena luarbiasa sekali dengan barisan pelakon yang berpengalaman dan berbakat.
Salah satu karakter yang mendapat perhatian penonton adalah watak Amir yang dibintangi oleh Izzue Islam. Karakter Amir ini juga adalah suami kepada Ina (Ummi Nazeera) dan anak yang sangat mendengar kata ibunya (Fazlina Ahmad Daud).
Watak Amir Suka Dengar Cakap Mak
Malah sehingga episod terbaharu dapat dilihat watak Amir yang dayus kerana menghukum isterinya setelah difitnah. Tidak cukup dengan itu, Amir juga mudah percayakan kata-kata ibunya dari isteri sendiri hinggakan Ina membuat tindakan melulu.
Disebabkan geram dengan karakter Amir yang terlalu ‘lurus bendul’ ini, isteri Izzue Islam wakilkan penonton untuk melepaskan perasaan tersebut seperti dalam rakaman berikut:
Penonton Geram Dengan Karakter Tersebut
Terbaharu, Amir bertunang pula dengan sepupunya sendiri selepas disuruh ibunya dengan alasan untuk menjaga bayinya, Fayyad. Pelbagai kejadian yang berlaku ini membuatkan penonton geram dengan watak Amir yang dayus tersebut.
Isteri Izzue Islam ‘Tolong’ Penonton
Apa-apa pun perbuatan isteri Izzue Islam, Awin dalam rakaman tersebut membuatkan warganet berterima kasih. Nampaknya ramai yang berpuas hati melihatkan video pendek ini.
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa puas menyaksikan Awin yang memberikan ‘penampar’ pada pelakon karakter Amir ini. Malah ramai juga yang berterima kasih.
Cukup menjadilah lakonan Izzue Islam dalam drama ini sehinggakan ramai yang beremosi menontonnya. Tahniah!