Norman Hakim Berjalan Dengan Anak, Ada Yang Tersalah Sangka Ingatkan Teman Wanita

Sponsored

Umum sedia tahu pelakon dan model, Norman Hakim memiliki tiga anak dengan bekas isterinya, Abby Abadi. Kini ketiga-tiga anaknya sudah meningkat remaja dan dewasa. Masing-masing cukup cantik dan kacak.

Bagaimanapun baru-baru ini Norman Hakim ditegur suruh ambil iktibar kes artis bercerai sekarang apabila dia berjalan dengan anak gadisnya.

Sponsored

Jalan berpimpin tangan dengan anak

Menerusi perkongsian terbaharu dari Norman Hakim di Instagram itu, dia dan anaknya, Marissa baru keluar dari bank dan berjalan berpimpin tangan. Disebabkan itu, ada yang datang menegur kerana menyangkakan Marissa adalah teman wanita Norman.

“Bila keluar dari bank, saya mesti jalan pimpin tangan dia. Masa nak sampai kat keta,ada sorang abang@pakcik ni tegur.Dia cakap suka tgk personaliti & story family saya”.

Sponsored

Anak Norman Hakim disangkakan ‘GF’

Lalu individu yang dikatakan peminat Norman ini datang menegur supaya ambil iktibar kepada kes-kes selebriti yang sedang kecoh kini.

“Mukaddimah abang ni agak nice,tapi bila kat tengah2 nada dah mcm tarbiah Bla..bla..bla..and bla sambil mata dia jeling2 curious kat Dania.Pastu dia cakap ambil la iktibar dari kes2 artis skrg ni.Aittt?”

Sponsored

Salah faham rupanya…

Disebabkan itu, Norman dapat mengagak individu berkenaan sudah tersalah faham hubungan bapa dan anak. Jadi dia menjelaskan seperti berikut:

“Instict saya dah tak best.Saya agak abang ni dah ‘misinterpreted’ & tak husnozon.In between saya terus mencelah & tanya “Abang nak pergi bank jugak ke?Dalam bank agak clear tak ramai orang.Saya baru lepas settlekan urusan bukak bank acc utk anak saya ni”

“Saya dah agak dah.Ramalan ku benar belaka.Saya cuba husnuzon mungkin abang ni takde socmed dan dgr story saya & fam dari wife or anak2 dia kot.Tapi abg ni mmg nampak baik orangnya”.

Mungkin Norman Hakim ditegur suruh ambil iktibar kes artis bercerai sekarang ini sebab anak gadisnya Marissa ini memang cukup cantik.