“Tak boleh nafas…”- Peminat tak keruan tengok foto2 Mierul Aiman, siap nak pinjam ‘jawline’

Sponsored

Sebut sahaja nama Mierul Aiman ramai yang kini mengenalinya sebagai seorang pelakon yang mempunyai bakat besar. Lihat sahaja penangan dia berlakon dalam drama bersiri Projek: High Council yang mencetuskan dirinya hangat diperkatakan di media sosial.

Walau bagaimanapun, selain bakat Mierul Aiman juga membuatkan warganet dan peminat tidak kira wanita mahupun lelaki suka melihat keunikan wajahnya yang bukan hanya kacak malah memiliki jawline atau rahang jantan sehinggakan dia sering menjadi sorotan di akaun media sosial miliknya. Malah seperti perkongsian terbaharu Mierul Aiman ini juga tidak terlepas daripada membuatkan peminatnya tak keruan.

Sponsored

Manakan tidak, Mierul Aiman yang juga semakin mendapat perhatian sebagai model mengundang perkongsian beberapa keping foto dimuatnaiknya menjadi perbualan ramai meskipun beberapa jam dikongsikan pula dia dihujani ratusan reaksi.

Ini kerana foto-foto tersebut semakin membuatkan orang ramai dapat melihat jawline Mierul Aiman sehingga perkongsian tersebut juga meraih lebih 40,000 tanda suka.

Sponsored

Ternyata foto-foto dikongsikan Mierul Aiman itu membuatkan ramai tidak keruan kerana ia juga menunjukkan kelainan yang ditonjolkan Mierul Aiman kepada umum. Model kacak ini turut menerima seloroh peminat apabila ada juga mahu meminjam jawline dimilikinya itu.

Jatuh tersungkur saya melihat awak

Sponsored

Hensem nyaa, dengan jawline dia pehhh

Belanja jawline kaw kaw ni hahaha boleh pinjam jawline nak potong tembikai

Fulamak hensem terlebih laa