Rancangan pencarian pelapis baru dalam industri nyanyian tanah air, Big Stage musim ke-5 bakal bermula tidak lama lagi. Barisan peserta telah pun diperkenalkan dalam sebuah acara baru-baru ini.
Bukan hanya peserta, musim kali ini juga ada pembaharuan apabila Kak Lina Pompom tampil sebagai pengacara mengendalikan Big Stage dan penyanyi berbakat dan dikagumi ramai, Aina Abdul sebagai juri tetap.
Dalam kesemua peserta, selain Nadeera yang menjadi tumpuan ramai, kumpulan penyanyi perempuan dikenali dengan nama Coex lincah di pentas turut menjadi perhatian netizen. Pesaing rapat bagi semua peserta kerana kerana kumpulan ini bukan sahaja memiliki vokal menarik, malah turut pandai menari.
Menerusi persembahan kumpulan Coex lincah di pentas pada sesi memperkenalkan kesemua peserta Big Stage, mereka menyanyikan semula lagu dari kumpulan Blackpink berjudul Shut Down.
Sudah pastinya ramai yang ternanti-nantikan persembahan kumpulan ini di minggu pertama nanti. Malah meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji persembahan bakat baru ini. Berikut antaranya:
“Boleh tahan stable nyah vokal diorang”
“Wow, diorang nyanyi / rap secara langsung!. Kudos!”
“Wow, vokal boleh tahan, stabil je bunyi!”
“Suara stabil eh sambil gerak2. Kalau aku dah semput”
Big Stage akan bersiaran langsung bermula 7 Mei 2023, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria. Semua 10 peserta akan berentap bagi merebut gelaran juara Big Stage musim ke-5 kali ini!