Nama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof nampaknya kembali menjadi buah mulut ramai apabila dia hadir ke mahkamah semalam untuk memfailkan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Selain dari itu Syamsul Yusof nafi Ira Kazar hamil dalam satu temubual bersamanya di luar mahkamah semalam. Menerusi laporan mStar, Syamsul Yusof berkata dia sendiri akan mengesahkan jika isteri keduanya itu sedang hamil.
Syamsul nafi isteri kedua sedang hamil
“Itu fitnah… saya dapat tahu pun dari kenalan saya dan kalau mengandung pun, Alhamdulillah. Tapi saya nak jelaskan memang (Ira) tidak hamil dan kalau ada berita baik saya akan beritahu,” kata pengarah terkenal ini.
Dalam pada itu, pengarah filem Mat Kilau ini juga akui sering memberikan pesan kepada Ira Kazar supaya terus sabar biarpun sering terima kecaman warganet sejak akhir-akhir ini.
Mohon doa orang ramai
Tambahnya lagi dia juga berharap orang ramai mendoakan dirinya supaya dapat menjadi suami yang baik serta adil dalam berpoligami.
“Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya saya jadi seorang suami yang baik dan adil. Orang kata kahwin ini pun salah satu jalan taubat juga,” ujar Syamsul Yusof yang juga nafi Ira Kazar hamil seperti dakwaan sebelum ini.
Terdahulu Syamsul Yusof enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah dan menganggap masih ada peluang untuk berbaik semula dengan isteri pertamanya itu.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.