Syamsul Yusof Memfailkan Nusyuz, Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih

Sponsored

Isu kontroversi rumahtangga pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof bersama isterinya, Puteri Sarah nampaknya semakin panas. Sebelum ini Syamsul Yusof telah membuat kenyataan umum akui sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand bersaksikan Kazar Saisi.

Terdahulu Syamsul Yusof enggan menjatuhkan talak pada isterinya itu selepas Puteri Sarah tuntut penceraian di mahkamah. Tiba-tiba semalam Syamsul Yusof memfailkan nusyuz terhadap Puteri Sarah ditemani peguamnya.

Sponsored

Syamsul kata Puteri Sarah curang

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul bin Mohd Yusof, 39 turut mendakwa isterinya itu curang dengan mempunyai hubungan dengan bekas kekasih hati di zaman kolej yang juga berstatus suami orang.

“Sebagai seorang suami, saya juga sudah memendam rasa dan nak cakap pun malu. Tiada suami yang boleh terima isterinya curang dengan suami orang lain,” kata Syamsul Yusof memfailkan nusyuz.

Sponsored

Bagaimanapun, pengarah filem Munafik ini akui masih sayang Puteri Sarah dan berharap semua kemelut antara mereka dapat diselesaikan dengan cara baik.

Puteri Sarah didakwa keluar rumah tanpa izin

Selain dari itu, menurut peguam mewakili Syamsul tuntutan itu juga dibuat kerana Puteri Sarah didakwa meninggalkan rumah kelamin mereka sejak Oktober 2020 tanpa izin. Malah Puteri Sarah juga dikatakan telah membuat fitnah Syamsul memukul isterinya itu dan tidak memberi nafkah.

Sponsored

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Sumayyah.

SumbermStar