Pak Cik Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Guna Kisah Anak-Anak Untuk Marketing

Sponsored

Biarpun kes mahkamah pelakon kontroversi Hafidz Roshdi dengan Nurul Shuhada Mat Shukri belum lagi selesai. Namun saban hari ada sahaja berita mengaitkan dua individu ini yang dilaporkan media.

Terbaharu kecoh pula di sosial media apabila seorang lelaki mengakui pak cik Hafidz Roshdi meluahkan pendapatnya mengenai isu pelakon tersebut bersama bekas isterinya itu.

Sponsored

Guna sosial media tempat luahan

Dalam satu muat naik di Instagram, pak cik Hafidz Roshdi dakwa Shuhada guna kisah anak-anak untuk marketing. Untuk info, Shuhada kini menjadi salah seorang yang sering menjadi perhatian ramai selepas mendedahkan perbuatan Hafidz Roshdi dalam rumah tangga mereka.

Malah Shuhada juga aktif berkongsikan perihal anak-anaknya di sosial media. Bagaimanapun, perbuatan Shuhada yang lebih terbuka berkongsikan kisah kehidupannya di sosial media membuatkan ada yang kurang senang.

Sponsored

Kongsi masalah anak di media sosial

Menerusi muat naik lelaki yang dikenali sebagai Adlan tersebut, dia meluahkan rasa tidak setuju dengan perbuatan Shuhada berkongsikan tentang masalah kesihatan mental yang dihadapi Humairah di sosial media dan turut disertakan pautan untuk berniaga.

“Buat makluman semua, tiada ibu bapa yang menyokong anak-anak jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Pihak keluarga Hafidz mempunyai cara mereka sendiri di dalam urusan tersebut dan ianya tidak perlu menjadi urusan rasmi di dalam media sosial.”

Sponsored

Dakwa jika tak boleh membantu jangan rumitkan lagi keadaan

“Shu nampaknya cita-cita kamu untuk jadi influencer telah tercapai. Kamu mempunyai pilihan untuk menjadi role model yang positif atau negatif.’

Tambahnya lagi, jika tidak dapat membantu untuk memulihkan semula semangat dan kekuatan untuk Hafidz, jadi lebih elok tidak merumitkan lagi dengan menjadikan anak-anak pelakon itu sebagai cara membalas dendam dan melepaskan amarah.