Umum diketahui beberapa hari lalu, gandingan kembali pelakon Amelia Henderson dan Aedy Ashraf dalam satu jenama terkenal mengundang rasa teruja ramai selepas sekian lama didakwa berpisah. Walau bagaimanapun, difahamkan hubungan cinta antara mereka kembali terjalin.
Malah perkongsian foto terbaharu mereka juga mengundang rasa senang ramai sekali gus membuatkan spekulasi mengenai hubungan istimewa Amelia Henderson dan Aedy Ashraf akhirnya terjawab.
Pada hari ini pula, Amelia Henderson tiba di Mahkamah bagi pembicaraan kes dengan penerbit terkenal, A Aida. Meskipun begitu, tidak hanya itu sahaja yang menyebabkan nama pelakon ini menjadi sebutan ramai di media sosial. Tetapi tular pula satu rakaman video yang memaparkan kelibat Aedy Ashraf.
Menerusi rakaman video pendek yang tular, Amelia Henderson bersama pihaknya berada di Mahkamah bagi pembicaraan tersebut. Namun begitu, peminatnya tidak menyangka rupa-rupanya dibelakang bersama Amelia Henderson juga terdapat Aedy Ashraf.
‘Berdiri’ dibelakang Amelia Henderson mengundang rasa kagum peminat terhadap Aedy Ashraf sehinggakan diruangan komen pula, warganet meninggalkan pelbagai reaksi terhadap pasangan kegemaran ramai ini.
Malah ada yang terkedu selepas menyangka kelibat lelaki dibelakang Amelia Henderson itu adalah bodyguard. Namun begitu, melihatkan situasi dihadapi dan Aedy Ashraf pula ada dengan dirinya membuatkan peminat juga berterima kasih kepada pelakon filem Tentang Bulan itu.
Ada si Aedy
Sekarang saya tahu, teruskan ada dengan Ame Aedy, ei kenapa aku yang sedih…
Cepatla kahwin
Aku baru perasan