Pakai baju siap ada ‘kepak’, Sophia AlBarakbah terima pujian melambung- “Cantiknya, perfect sangat”

Sponsored

Pelakon, Sophia AlBarakbah nampaknya tidak henti-henti menjadi tumpuan warganet dan sorotan ramai di media sosial. Terbaharu kelibat dia di acara Gempak Most Wanted Award 2022 mengundang dia antara selebriti yang viral sejak malam acara tersebut.

Umum diketahui, pelakon sensasi ini semakin mendapat perhatian selepas kemunculannya dalam drama baharu berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah bersama pelakon, Aliff Aziz. Terdahulu, diawal drama tersebut ditayangkan namanya terpalit dengan kontroversi.

Sponsored

Pun begitu, Sophia AlBarakbah semakin tular apabila dalam pada masa sama kecantikannya mendapat perhatian ramai. Menerusi acara Gempak Most Wanted Award 2022 pula gelagatnya dengan mengayakan busana serba merah membuatkan kecantikan pelakon ini mencuri tumpuan lagi.

@astrogempak

Cantik bethol Sophia AlBarakbah ni. Terpaling Trending, Terpaling Kencang ⚡️ 🏆 Gempak Most Wanted Awards 2022 🗓️ 26 Februari 2023 ⏰ 9 PM 🔊 Astro Ria, gempak.com, YouTube & TikTok Gempak Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #GempakMostWantedAwards #GMWA2022 #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #TerpalingTrending #AstroFibre

♬ 시작 – 가호

Menerusi perkongsian Astro Gempak, kelibat Sophia AlBarakbah mendapat perhatian apabila dia dirakam secara spontan. Tidak hanya itu melalui muat naik Media Hiburan pula, kecantikan Sophia AlBarakbah menjadi perbualan ramai apabila dia mengayakan busana yang siap mempunyai kepak.

Sponsored
@mediahiburanofficial

Cantiknya Sophia AlBarakbah. Baju siap ada kepak heart shape lagi loveee #MHnews #GempakMostWantedAwards #GempakMostWanted

♬ Angel – Shaggy

Menjengah ke ruangan komen, selepas video-video Sophia AlBarakbah menjadi perhatian, netizen menghujani komen pujian melambung buatnya yang mana rata-rata warganet mengatakan dia sangat cantik dan sempurna.

“Cantiknya, perfect sangat”

Sponsored

“Cantik nya perfect”

“Cantik sangat orang nya”

“Cantik sangat-sangat”

Sekadar info, Sophia AlBarakbah merupakan seorang pelakon berusia 30 tahun dan difahamkan mula aktif sebagai anak seni pada tahun 2018.