Terpaku perhati Amir Ahnaf, Kak Lina buat ramai tergelak, “Terkebil-kebil member hahaha”

Sponsored

Nampaknya scroll sahaja media sosial, terkini pelakon Amir Ahnaf pula mendapat perhatian ramai peminat. Umum diketahui, Amir Ahnaf merupakan salah seorang pelakon drama bersiri yang terbaharu menerima sambutan hebat penonton berjudul Projek High Council.

Dia membawa watak bernama Kahar dan ternyata selepas kemunculannya dalam drama tersebut, namanya semakin menjadi sebutan peminat dan warganet sekali gus membuatkan dirinya juga hangat diperkatakan di media sosial.

Sponsored

Pun begitu, terbaharu Amir Ahnaf menjadi perbualan lagi selepas dia muncul di acara Gempak Most Wanted Award 2022. Kemunculan dirinya itu mengundang perhatian ramai terhadapnya sejak acara tersebut berlangsung. Ini kerana, ramai yang terkejut apabila dia rupa-rupanya berada di atas pentas Gempak Most Wanted Award 2022.

Jadi tumpuan di acara Gempak Most Wanted Award 2022

Sponsored

Namun begitu, bukan gelagatnya sahaja yang mencuri tumpuan. Ini kerana gelagat Kak Lina Pompom yang berada di sebelah Amir Ahnaf mengundang ramai tergelak apabila dirinya juga ternyata turut terpegun melihat pelakon tersebut.

@azwarhmn

Find someone who looks at you like the way Kak Kepom looks at Kahar HAHAHAHA #kahar #projekhighcouncil #amirahnaff #gmwa2022 #kapla

♬ so this is love – soft girl aesthetic

Warganet bagaimanapun akui pasti akan merasakan hal yang sama seperti Kak Lina Pompom itu yang tentunya akan terpegun seperti dirinya apabila berjumpa dengan Amir Ahnaf.

Sponsored

“Confirm aku macam ni bila jumpa Amir Ahnaf”

“Terkebil-kebil member hahaha”

“Hahaha dengan mulut dia terbuka gitu bukan main-main dah tu terpegun”

“Hahaha terkebil-kebil erk”

Sumberazwarhmn