Tular satu perkongsian di Twitter memaparkan iklan mengenai pakej umrah sebuah agensi swasta yang dikatakan mengenakan harga yang terlampau tinggi. Di dalam iklan tersebut, bayaran sebanyak RM35,000 dikenakan untuk mengerjakan ibadah umrah bersama Neelofa dan PU Riz menerusi pakej VVIP mereka.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Twitter, individu itu meluahkan rasa tidak puas hati dengan bayaran tinggi yang dikenakan agensi terbabit. Malah dia mengatakan agensi terbabit mengenakan harga yang terlampau mahal untuk pakej umrah mereka.
“Wow RM35K ye umrah with Hajah Neelofa, confirm syurga ke ni.”
Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai di mana ada pelbagai reaksi yang diberikan di media sosial. Namun berdasarkan tinjauan, pakej yang dimaksudkan itu adalah pakej VVIP manakala ada juga beberapa pakej lain yang ditawarkan oleh agensi swasta itu pada harga yang lebih rendah.
Netizen turut menganggap harga yang ditawarkan itu adalah berbaloi kerana ianya merangkumi pakej umrah selama 12 hari, tempat penginapan dan makan minum. Malah pakej VVIP itu juga menawarkan penerbangan di business class yang pastinya lebih selesa dari kelas biasa.
Meninjau di ruangan komen, netizen turut menegur individu terbabit yang sewenang-wenangnya cuba mencari kesalahan dan mencetuskan isu untuk mencemarkan imej Neelofa yang sering terpalit dengan pelbagai kontroversi. Dalam masa yang sama, netizen turut meminta individu itu memadamkan sahaja hantaran itu untuk tidak memanjangkan cerita.
“Nama pun VVIP package, dapat business class flight lagi tu. Kalau book sendiri pun boleh cecah 35k tu. Dengki dekat benda yang sepatutnya je boleh tak…”
“Syurga ke tidak tu, semua urusan tuhan sis. Tengok sendiri pakej dia bagi aku rasa berbaloi untuk keselesaan 2 weeks buat umrah. Kalau mampu, guna lah servis dia. Kalau tak mampu, diam je…”
Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.