Ramai Terhibur Reaksi PU Riz Tergagap Jawab Soalan ‘Cepumas’ Neelofa, “Siapa Afifah Ni Sayang?”

Sponsored

Sempena jualan 12.12 baru-baru ini, selebriti dan usahawan Neelofa sempat melakukan satu sesi ‘live’ di akaun Tik Tok untuk mempromosikan jualan produk inai Nunha miliknya. Tidak hanya tampil seorang diri, Neelofa turut ditemani suaminya, PU Riz di dalam ‘live’ tersebut.

Menerusi video yang kini tular dikongsikan ini, Neelofa dilihat menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang penonton yang berseloroh bertanyakan tentang Ustazah Afifah kepada PU Riz. Sekadar info, wanita dikenali sebagai Ustazah Afifah itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dengan beberapa kenyataannya.

Sponsored

Susulan itu, Neelofa kemudiannya memandang tajam ke arah suaminya itu untuk mendapatkan penjelasan. Jika dilihatkan pada gayanya, Neelofa nampaknya seperti tidak mengenali individu yang dimaksudkan oleh netizen tersebut.

“Ada orang tanya, Ustaz jangan cari Ustazah Afifah pulak. Siapa Afifah ni sayang?”

Sponsored

Soalan ‘cepumas’ yang diajukan oleh Neelofa ini turut membuatkan PU Riz panik dan gelabah untuk menjawab soalan itu. PU Riz kemudian menegaskan dia tidak mengenali individu yang dimaksudkan dan berseloroh meminta netizen yang bertanyakan soalan itu untuk keluar dari sesi ‘live’ tersebut.

Tidak cukup di situ, Neelofa kemudian bertanyakan sama ada Ustazah Afifah yang dimaksudkan itu adalah kenalan suaminya semasa di universiti namun dinafikan oleh PU Riz. Lebih melucukan, kedua-dua mereka dilihat sampaikan tergagap untuk bercakap gara-gara soalan yang diajukan itu.

Sponsored

Perkongsian video itu turut tular di media sosial dan kini menerima lebih sejuta tontonan setakat ini. Di ruangan komen juga, rata-rata netizen terhibur melihat reaksi pasangan selebriti ini yang sempat menjawab soalan yang ditanyakan oleh individu tersebut.

“Sampai tergagap Lofa, Haris pulak buat main-main.”

“Seram laki dia nak jawab, silap jawapan habis.”

“Makin lawak Haris ni.”

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok