Pasti segelintir warganet sudah cukup kenal dengan usahawan lelaki bernama, Hafiz Mahamad ini. Kejayaan demi kebahagiaan merupakan tagline yang sering digunakan olehnya. Hafiz Mahamad dan isteri, Syafiqah Aina kini bahagia bersama sepasang cahaya mata, Raisya dan Rayqal Arees.
Meskipun dalam kehidupan, usahawan muda ini juga tidak dapat lari menerima komen kurang senang. Satu komen yang ditinggalkan buat Hafiz Mahamad ini pula menarik perhatiannya apabila dia digelar sebagai founder yang hanya pandai goyang kaki sahaja. Malah tambahnya dia juga dikatakan suka menunjuk-nunjuk.
Dihina ‘founder’ goyang kaki dan show off
Hafiz Mahamad bagaimanapun terpanggil untuk menafikan dakwaan tersebut dan berkata, “Saya bukan founder, saya lelaki menumpang rezeki isteri.” Kata-kata Hafiz Mahamad itu turut dibuktikan dengan satu rakaman video yang dikongsikannya buat tatapan umum.
Usahawan muda ini menunjukkan apa yang dilakukan bermula jam 9 pagi sehinggalah waktu malam yang terisi dengan pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan. Semasa sampai sahaja ke pejabat, dia mengunakan masa satu jam untuk belanja orang sekeliling. Tidak hanya itu, dia juga mendengar masalah yang diluahkan kepada dirinya ditambah pula, dia memberikan jalan penyelesaian. Sampailah pada waktu malam, dia melihat anak-anak dan isteri tidur.
Seperti biasa, Hafiz Muhammad merupakan antara usahawan yang dikagumi ramai dan perkongsian dia pada kali ini mendapat sorotan di media sosial dengan ditinggalkan ratusan komen positif.
‘Aku respect gila dengan dia, ngaku menumpang rezeki isteri’
‘Jutawan dunia akhirat ni’
‘Ni lah gaya orang yang rasa ada tanggungjawab’