Neelofa Bersorak Untuk PU Riz Di Konvokesyen, “Haha Sapa Suruh Bawa Bini”

Sponsored

Nama yang tidak perlu diperkenalkan ramai lagi, Neelofa antara selebriti yang menjadi idola ramai. Apatah lagi perjalanan hidup Neelofa yang berhijrah sehingga jadi yang kini, memang jadi inspirasi wanita di luar sana.

Biarpun begitu, baru-baru ini Neelofa berkongsikan dia menghadiri majlis konvokesyen suaminya, PU Riz. Difahamkan acara tersebut adalah Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa(IIUM) yang ke-38.

Sponsored

Menerusi perkongsian di Instagram Stories Neelofa sejak pagi tadi, dapat dilihat PU Riz memakai jubah konvokesyen berwarna biru dan tersenyum manis. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila salah satu rakaman yang memaparkan ketika PU Riz menerima skroll ijazah di atas pentas.

Kedengaran suara Neelofa bersorak kepada suaminya di hari paling menggembirakan itu. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik semula menerusi akaun Instagram Lofa.world:

Sponsored

Bukan main kuat lagi suara Neelofa bersorak untuk PU Riz di majlis konvokesyen tersebut. Turut dilihat bapa kepada Muhammad Bilal memadang Neelofa dan tersenyum melihat gelagat isterinya itu.

Sempat juga Neelofa berselorh dengan menulis di video berkenaan seperti berikut:

Sponsored

“Hahaha sapa suruh bawa bini datang convo..#suamimudakauada”

Wow, hastag yang ditinggalkan pun memang padu!

Malah himpunan foto di hari tersebut turut dikongsikan semula menerusi akaun TikTok ini seperti berikut:

Difahamkan PU Riz menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian TESL di pentas konvokesyen tersebut. Tahniah PU Riz!