“Patutlah menang”- Kongsi foto tengok bola lagi, netizen syak Iman Troye ada kekasih pemain bola sepak

Sponsored

Baru-baru ini, Iman Troye ada berkongsikan beberapa keping foto memberikan sokongan buat pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil dan selain sokongannya, penampilan Iman Troye turut mencuri tumpuan ramai.

Iman Troye bukan sekadar diikuti ramai di media sosial Instagram peribadinya ini kerana perkembangan kerjaya sebagai seorang penyanyi, Iman Troye juga menjadi perhatian anak-anak muda dengan foto OOTD dirinya yang sentiasa bergaya sekali gus membuatkan kecantikannya sering dipuji ramai.

Sponsored

Iman Troye sering dipuji ramai

Walau bagaimanapun, beberapa hari lalu pula Iman Troye sekali lagi memberikan sokongannya kepada pasukan Malaysia dengan turut hadir menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung baru-baru ini yang mana Malaysia menentang Thailand dengan 1-0.

Sponsored

Iman Troye mengungkapkan perasaan berdebarnya namun akhirnya kemenangan sekali lagi berpihak kepada Malaysia dengan 1-0. Meskipun begitu nampaknya disebabkan posting dirinya sekali lagi membabitkan tentang bola sepak, nampaknya ada yang syak dia bercinta dengan salah seorang pemain bola sepak.

“Malaysia boleh! Sakit jantung kita tengok kat stadium game kalini, apa pun 1-0 dah! Let’s go!,” tulis Iman Troye diruangan kapsyen berkongsikan beberapa keping foto namun nampaknya ramai yang mendakwa dia mempunyai teman lelaki pemain bola sepak.

Sponsored

‘Ni sah mesti bf player jugak ni, aku syak Shahul Nazem’

Iman Troye

‘Cey cey pergi tengok siapa tu’

‘Boyfriend dia Rahadi Azli saling follow antara satu sama lain. Ada la tuh dok ber DM’

‘Confirm BF player Malaysia’