Shuk Sahar Dan Sera Menunaikan Umrah Bersama, Netizen Nasihatkan Jangan Siakan Peluang Diberi

Sponsored

Nama Shuk Sahar dan isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali dengan nama Sera pernah menjadi perhatian ramai apabila rumahtangga mereka dilanda ‘badai’ dahulu.

Shuk Sahar pada waktu itu adalah pelakon, pelawak dan penyampai radio hilang segalanya sekelip mata apabila namanya menjadi perhatian media dan orang ramai kerana kemelut dalam perkahwinannya.

Sponsored

Namun begitu, itu semua kisah lalu dan baru-baru ini video Shuk dan Sera menunaikan Umrah bersama-sama telah mencuri perhatian ramai. Perkongsian video dan foto itu memaparkan pasangan ini berada di Tanah Suci.

Di ruangan kapsyen, Shuk Sahar menulis yang dia bersyukur menjadi tetamu Allah buat kali kedua dan turut tagged nama Rossa dalam perkongsian tersebut.

Sponsored

“Alhamdulillah diberi peluang untuk jadi tetamu Allah buat kali ke 2 @rossa.sera

Selain dari itu, Shuk Sahar juga berkongsikan satu video dengan paparan yang dia mahu bertolak ke Tanah Suci. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik menerusi Instagram milik selebriti itu:

Sponsored

Perkongsian Shuk Sahar dan Sera menunaikan Umrah bersama-sama ini membuatkan ramai terharu dan mendoakan pasangan ini supaya terus berbahagia.

Luahan tersebut ditinggalkan netizen menerusi ruangan komen di perkongsian video yang dimuat naik oleh Shuk itu. Berikut antaranya:

“Da rujuk balik ya? Syukur alhamdulillah nak nangis r..Perempuan ni kan banyak kali terluka sebab di sakiti tapi sebab ada yang sayang dia akan terima semula..”

“Suka pulak tengok walaupun berkali2 buat salah tapi isteri sabar dan panjang jodoh..Suami pun tak pilih untuk hidup tanpa isteri”

“Alhamdulillah Shuk dan Sera..Wanita kalau dah sayang satu lelaki, ini la buktinya yang Sera tunjuk. Suka sangat pasangan ni sekarang…Anak2 mesti bahagia gila. Harap Shuk belajar dari kesilapan..”

“Alhamdulillah jangan sia2 kan peluang ni Shuk. Moga dipermudahkan urusan pergi dan balik amin”