Peminat Izzue Islam Tawarkan Diri Jadi Isteri Kedua Nak Bagi Zuriat, Ini Respon Pelakon Lelaki Ini

Sponsored

Pelakon dikenali dengan nama Izzue Islam ini nampaknya semakin menjadi buah mulut ramai. Kini lakonannya sebagai Amir dalam drama Rindu Kasih membuatkan ramai geram menyaksikannya.

Selain dari karier, kisah peribadi termasuk rumahtangga Izzue Islam turut menjadi antara yang diambil berat oleh peminatnya. Izzue Islam dan isterinya, Awin belum dikurniakan cahayamata dan ini menjadi antara topik yang sering ditanya pada pasangan tersebut.

Sponsored

Biarpun sebelum ini pernah terlintas untuk mengambil anak angkat, namun Izzue Islam akui sedikit gusar untuk menjaga anak orang lain. Apatah lagi isterinya dikatakan belum bersedia untuk ke arah itu.

Baru-baru ini pula pelakon lelaki ini mendedahkan dia didatangi seorang peminat di sebuah majlis. Apa yang berlaku membuatkannya terkejut dan terkedu!

Sponsored
@melodiberapi

Ada seorang perempuan datang dan tawar diri nak jadi isteri no2 dan nak bg anak untuk izzue.. ehhh zaman sekarang mmg ramai ke orang berani erkk… min pun takutttt!!! 😣😣 #melodi #tv3 #izzueislam #fypシ #sensasi #panas #fypage #kabinet #malaysia #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – Melodi – Melodi

Difahamkan peminat Izzue Islam tawarkan diri jadi isteri kedua supaya dapat memberikan anak kepadanya. Mendengarkan tawaran itu, bukan sahaja buat pelakon ini terkedu, malah tertanya-tanya apakah niat peminat Izzue Islam berkenaan..

Di ruangan komen, rata-rata warganet akui respek dengan pelakon lelaki ini. Biarpun diuji belum ada anak setelah beberapa tahun berkahwin namun masih berfikiran positif.

Sponsored

“Doa baik2 je..Ada anak tu rezeki. Xde anak pun, xpe semua dari Allah anak ramai pun ada yang bercerai jugak”

“Bagus Izzue ni”

“Salute dengan abang Izzue dan Kak Awin..Semoga Tuhan makbulkan doa abang dan kak dapat zuriat sendiri. Semoga keluarga sentiasa rukun dan diberkati selalu”