Satu lagi drama terbaharu lakonan Ummi Nazeera pada tahun ini menjadi viral di media sosial apabila tidak hanya jalan cerita namun lakonan pelakon hebat itu sekali lagi mengundang rasa terkedu penonton di hadapan kaca televisyen. Drama berjudul Rindu Kasih yang mula bersiaran pada 16 November lalu itu berjaya memukau penonton.
Episod baru-baru ini yang mana Ummi Nazeera sebagai Salina yang akhirnya dapat bertemu ibunya di penjara lakonan Amyza Aznan ternyata berjaya membuatkan air mata penonton mengalir apabila kedua-duanya berjaya membawa babak tersebut dengan baik.
Lakonan Ummi Nazeera dipuji lagi
Walau bagaimanapun, ternyata suami kepada Ummi Nazeera yang dikenali sebagai Dr Mohd Izzar Anwari juga turut layan drama lakonan isterinya itu. Malah dia juga dilihat mengikuti perkembangan drama tersebut dan turut terkesan dengan Salina akhirnya berjumpa dengan ibunya meskipun di penjara.
Tetapi bukan itu sahaja yang menarik perhatian apabila posting suami Ummi Nazeera ini juga sempat menulis jalan cerita ‘ending’ yang terjadi dalam drama berkenaan antara watak Salina dan ibunya yang dikatakan akan menuntut bela sehingga Salina juga membuat pembedahan.
Dalam pada peminat terpukau dengan lakonan Ummi Nazeera, kapsyen ditulis suami Ummi Nazeera itu turut mengundang tawa buat ramai apabila rupanya di akhir kapsyen dia mengatakan jalan cerita dikarang itu tidak serius. Komen Ummi Nazeera yang turut terhibur dengan gelagat suaminya itu juga menjadi tumpuan peminat.
‘Hahaha aduh janganla cerita’
‘Hahaha geram eh baca sampai habis tau’
‘Yang tak serius yang tak sabar nak tengok tu hahah’