Peminat Kagum Penampilan Lisa Surihani Jumpa Norkhiriah, “Subhanallah Macam Bidadari”

Sponsored

Pelakon, model iklan dan duta produk jelita dikenali dengan nama Lisa Surihani ini nampaknya semakin berseri-seri selepas mengenakan hijab. Bukan itu sahaja, Lisa juga nampak sungguh sopan kerana bijak memilih pakaian dan menggayakan tudung dengan sempurna.

Malah baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Lisa Surihani jumpa Norkhiriah telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut Lisa Surihani mengenakan pakaian cukup sopan dengan tudung berona lembut sama seperti personalitinya.

Sponsored

Di awal video kelihatan Lisa berjalan menuju ke Norkhiriah dan mereka bersalaman sambil berbual. Berikut adalah rakaman yang membuatkan peminat kagum penampilan Lisa Surihani jumpa Norkhiriah ini:

@khiriah_17

MasyaAllah Tabarakallah..Tingginya Adab & Akhlakmu Adik.. @Official Lisa Surihani ..Doakan Akak yerr

♬ original sound – Khiriah17 – Khiriah17

Perkongsian video yang membuatkan peminat kagum penampilan Lisa Surihani ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok Norkhiriah sendiri. Malah di ruangan kapsyen, Norkhiriah sendiri memuji keperibadian selebriti jelita itu. Berikut adalah tulisannya:

Sponsored

“MasyaAllah Tabarakallah..Tingginya adab dan akhlakmu adik. Doakan akak ya dik”

Meninjau di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dengan penghijrahan dan penampilan Lisa Surihani kini ini. Berikut antaranya:

Sponsored

“Lisa..dia sangat humble dan lembut tutur katanya. Dia memiliki kecantikan sejati dari dalam dan luarannya”

“Alhamdulillah..Kalau hatinya bersih 7 sifat anggota pun ikut bersih. Semoga Allah swt berkati dan merahmati setiap urusan mereka berdua..”

“Lisa ni dulu cantik tapi sekarang lagi cantik berseri2..Seri keibuan, sopan santun..Kak Nurkhiriah pun sama”

“Pakej betul Lisa ni. Pandai lawa berharta beragama”