Pelakon cukup berbakat dikenali dengan nama Wan Sharmila ini sudah semestinya memiliki barisan peminatnya yang tersendiri. Bukan setahun dua menempa nama dalam industri hiburan tanah air, Wan Sharmila antara pelakon yang bertahan sehingga kini.
Terbaharu, satu video yang memaparkan Wan Sharmila bertudung litup lengkap dengan niqab telah mencuri perhatian ramai. Video itu dipaparkan pelakon wanita ini dengan latar belakang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Di ruangan kapsyen, Wan Sharmila menulis seperti berikut:
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu. Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.”
Berikut adalah muat naik video dengan paparan penghijrahan Wan Sharmila menerusi akaun TikTok peribadi pelakon ini:
Cantik bertudung litup membuatkan ramai yang teruja menyaksikan penghijrahan Wan Sharmila dalam video tersebut. Muat naik ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 62 ribu likes.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui sejuk mata memandang penampilan Wan Sharmila kini. Malah ada juga yang terinspirasi dengannya. Berikut adalah reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen tersebut:
“Bila dapat tahu Sharmila in reality macam ni..Jadi suka kat dia. Sbb dalam lakonan personality dia lain”
“Alhamdulillah banyak sudah artis2 pintu hatinya dibuka oleh Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan kuat istiqomah Lala”
“Kita yang pompuan pun tengok camni leh cair..Jatuh sayang kat Wan Sharmila..Sejuk je hati tengok dia”