Terjerit-Jerit Buat ‘Live’, Gelagat Ratu Farah Diva Buat Pelanggan Lain Rimas, “Satu Kafe Dengar Suara Dia…”

Sponsored

Sebelum ini, personaliti media sosial Ratu Farah Diva mengundang kecaman ramai selepas dia membuat persembahan di rancangan MeleTOP. Malah ramai yang turut mempertikaikan tindakan pihak produksi yang menjemput wanita itu membuat persembahan walaupun dia tidak mempunyai bakat menyanyi.

Baru-baru ini pula, tular sebuah video di platform Tik Tok memaparkan gelagat Ratu yang sedang membuat siaran langsung di akaunnya. Namun apa yang menjadi bualan ramai ialah Ratu melakukan ‘live’ tersebut semasa berada di sebuah kafe dan membuat bising sehingga mengganggu pelanggan lain.

Sponsored

Menerusi video yang dikongsikan ini, pemilik video yang sedang menjamu selera di kafe tersebut merakamkan gelagat Ratu yang sedang membuat ‘live’ di dalam kedai. Dalam masa yang sama, kedengaran suara Ratu yang menjerit-jerit dan menggunakan suara dengan nada tinggi semasa bercakap.

Menurut pemilik video, suara Ratu juga begitu kuat sehingga membuatkan semua yang berada di dalam kafe itu dapat mendengar suaranya. Perkongsian video itu yang kini menerima hampir sejuta tontonan setakat ini telah mendapat reaksi negatif dari netizen yang menonton.

Sponsored

Reaksi netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menganggap tindakan Ratu ini telah menimbulkan rasa kurang senang buat pelanggan yang berada di sana. Netizen turut menegur influencer itu untuk mencari cara dan tempat yang lebih sesuai membuat ‘live’ tanpa mengganggu orang di sekelilingnya.

“Kalau aku kat cafe tu aku dah angkat kaki cau dah.”

Sponsored

“Elok tengah makan terus bungkus makan kat rumah lagi tenang.”

“Ni kalau kena dengan orang yang tengah takde mood mau melayang pinggan.”

Terdahulu, penyanyi Sharul Kamal meluahkan rasa kecewa apabila Ratu Farah Diva dijemput untuk membuat persembahan di rancangan televisyen popular, MeleTOP. Malah kebanyakan netizen turut bersetuju dengan pendapat penyanyi itu dan meminta pihak produksi lebih mementingkan kualiti dan bukannya mengejar rating semata-mata.

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di Syor.

Sumbertik tok