Sekali lagi suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mencuri perhatian ramai dengan jawapan selamba darinya ketika dalam sesi live di media sosial TikTok. Nama Aliff Awang atau lebih mesra dengan panggilan Opai menjadi perhatian ramai selepas berkahwin dengan pelakon, Fatin Afeefa.
Apa yang membuatkan nama Opai kembali jadi perhatian ramai apabila lelaki ini ada mengeluarkan kenyataan yang mendengar muzik adalah haram. Dalam satu sesi live itu, Opai ditanya padanya adakah dia akan pergi ke konsert kumpulan popular Indonesia, ST12.
Namun jawapan yang diberikan Opai sungguh tidak disangka. Suami Fatin Afeefa kata muzik itu haram dan dia mendengar zikir sambil kedengaran ianya di pasang di dalam rakaman tersebut.
Berikut adalah perkongsian semula dengan paparan kenyataan suami Fatin Afeefa yang menyebabkan orang ramai kurang senang itu:
“Saya tak suka pergi konsert. Dengar muzik ni haram..Pasang zikir..Muzik itu haram”, kata Opai.
Perkongsian semula rakaman sesi live oleh seorang pengguna TikTok dengan paparan suami Fatin Afeefa kata muzik itu haram ini telah mencuri perhatian warganet.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet pertikaikan mengenai hukum pelaburan yang mana Opai adalah Forex Trader yang terang-terangan didakwa adalah haram. Berikut antaranya:
“Kelakar la pak cik ni, pakai seluar pendek acaner”
“Bukan dia baru pas karaoke ke kat kedai makan sambil berbbq?”
“Hahaha baru tau Forex halal”
“Aik bukan ke dia g konsert AR Rahman tu?”