Peminat tak sangka tengok Yusuf Iskandar berpuasa, rasa macam baru semalam masih bayi

Sponsored

Si cilik popular, Yusuf Iskandar merupakan anak selebriti yang sedari kecil sehinggalah sekarang berusia 7 tahun sentiasa ‘menangkap’ perhatian warganet. Anak kepada pasangan terkenal, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini juga mempunyai jutaan peminat di Instagram.

Selepas Yusuf Iskandar, adiknya yang diberi nama Alisa Aisyah juga sama menjadi perhatian. Walau bagaimanapun, populariti Yusuf Iskandar sentiasa mencuri tumpuan dengan perkembangan dia yang kini juga sudah bersekolah. Namun begitu, perkongsian terbaharu Yusuf Iskandar membuatkan orang ramai menggamit memori tentang masa kecilnya.

Sponsored

Mengikuti bulan Ramadan ini menerusi perkongsian tersebut memaparkan Yusuf Iskandar yang dikatakan ingin berpuasa. Baru berusia 7 tahun, keinginan disamping kegigihannya cuba berpuasa ini membuatkan ramai tertarik.

Usaha si cilik popular ini berpuasa membuatkan ramai juga tidak percaya Yusuf Iskandar yang dahulunya menjadi fenomena di media sosial kerana kecomelannya ketika bayi kini sudah besar.

Sponsored

Ada juga peminat Yusuf Iskandar dari Indonesia meninggalkan komennya buat anak sulung kepada pasangan, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini yang ternyata juga sudah lama menjadi peminatnya.

“Aaa Yusuf dah besar, dulu baby masih nangis daddy ambik dia punya kotak award tu”

Sponsored

“Jadi penggemar Yusuf sejak bayi, dah besar dah. Salam dari Indonesia. Kuat-kuat puasanya boy”

“Weh rasa macam semalam je Yusuf ni masih baby”

“Semangat anak soleh”