“Apa ni, apa ni”- Diana Danielle tepis Farid Kamil cuba peluk

Sponsored

Sebentar tadi tular pelakon, Farid Kamil hadir di Mahkamah membawa bunga dan cincin buat Diana Danielle bagi memujuk isterinya itu. Umum diketahui, pelakon wanita tersebut menfailkan penceraian dan hari ini mereka hadir bagi proses lantikan Wakil Jawatankuasa Pendamai JKP bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Walau bagaimanapun, difahamkan Diana Danielle tetap dengan keputusannya untuk bercerai dengan Farid Kamil. Dalam pada itu, Diana Danielle juga menjawab beberapa spekulasi yang timbul.

Sponsored
Farid Kamil hadir membawa bunga dan cincin bagi hadiah ulang tahun perkahwinan dia dan Diana Danielle yang ke-11.

Menerusi sumber terbaharu bagaimanapun Diana Danielle dikatakan berang selepas cubaan Farid Kamil memeluknya setelah tamat prosiding permohonan cerai. Pelakon wanita tersebut dikatakan cuba mengelak dari disentuh Farid Kamil sambil berkata, “Apa ni, apa ni!” dengan nada yang kuat.

Selepas itu, pelakon lelaki tersebut dilihat cuba menyerahkan cincin yang dibawa kepada Diana Danielle namun usaha itu juga gagal kerana Farid Kamil dinasihatkan sebarang urusan dengan isterinya itu perlu melalui peguam-peguam yang dilantik.

Sponsored

SumberUtusan