Peminat terkejut Idris Khan dan Ali Reza raya bersama, “Seriusla adik beradik”

Sponsored

Pelakon, Idris Khan dan Ali Reza membuatkan orang ramai ‘berkumpul’ di perkongsian mereka selepas baru-baru ini mereka dilihat meraikan hari Raya bersama. Buat peminat drama tempatan, wajah Idris Khan mahupun Ali Reza tidak asing lagi bagi mereka apabila mereka juga antara hero yang diminati ramai.

Jadi tentu sahaja media sosial milik kedua-dua pelakon ini antara yang diikuti oleh peminat. Walau bagaimanapun, perkongsian terbaharu mereka mengundang orang ramai tertanya-tanya tentang hubungan sebenar antara dua pelakon tersebut.

Sponsored

Menerusi Instagram, Ali Reza memakai warna sedondon dengan pelakon drama Tuan Danial itu yang mana mereka memilih mengenakan warna hitam untuk raya ketiga mereka. Ujar Ali Reza di Instagram juga mereka beraya bersama dan ingin pulang ke Kuala Lumpur selepas beraya di Melaka.

Malah perkongsian di TikTok juga membuatkan rakaman video mereka mendapat perhatian ribuan pengguna platform tersebut yang mana status hubungan mereka menjadi tanda tanya sama ada mereka adik beradik atau sebaliknya.

Sponsored

Siyes ar adik beradik. Apesal takde Khan pun

La depa ni adik beradik upenya, baru ku tahu

Sponsored

Lah adik beradik ka, adeii aku baru tahu ka walaweee

Ohh sepupu alahai siapa sangka kan ada kaitan rupanya

Perkongsian pelakon drama Do You Love Me, Captain? itu ternyata menimbulkan tanda tanya ramai dan ingin mengetahui hubungan mereka sama ada benar-benar adik beradik atau bukan namun ada yang menjawab mereka sebenarnya adalah sepupu.

SumberAli Reza