Disangka betul2 bersalam, netizen ‘respek’ Azlee Khairi & Aishah. Pengarah dipuji!

Sponsored

Perkongsian satu rakaman video yang memaparkan sebuah lakonan daripada dua pelakon, Azlee Khairi dan Aishah Azman mengundang orang ramai memberikan pujian terhadap mereka yang menjaga batas dalam lakonan mereka.

Azlee Khairi yang juga merupakan pelakon utama dalam drama popular, Love You Mr. Arrogant turut menarik perhatian peminatnya selepas melihat cara dia berlakon dengan Aishah Azman sehinggakan menerima ribuan tanda suka di perkongsian rakaman video ini.

Sponsored

Menerusi lakonan tersebut menunjukkan babak antara dua pelakon tersebut bersalam. Disangka betul-betul bersalam ternyata sangkaan tersebut salah dan mengundang rasa kagum netizen dengan pelakon-pelakon yang terlibat itu sekali gus membuatkan pengarah juga menerima pujian netizen.

Mana tidaknya, mereka rupanya menggunakan teknik tertentu untuk menampakkan dua pelakon tersebut bersalam. Netizen berasa kagum yang rupanya ada teknik boleh dilakukan pelakon untuk menjaga batas dalam lakonan.

Sponsored

Netizen selain meninggalkan ribuan tanda suka di video perkongsian sebalik tabir lakonan kedua-dua pelakon tersebut yang menjaga batas mereka dalam lakonan itu, netizen juga menghujani ruangan komen dengan memberikan pelbagai pujian.

Mantap trick shot. Tak sabar nak tengok Nyawa Berganti Cinta

Sponsored

Bagus pelakon jaga batas

Respek thisss

Terbaik berlakon macam ni la bagus tau batasan

Bagi netizen lakonan seperti ini adalah bagus kerana tahu menjaga batasan dan ada juga merasa respek dengan pengarah karya tersebut yang faham.